Tuesday, November 3, 2009

KURSUS BEKAM DI PSD BT9 CHERAS

TARIKH: 01 NOV 2009 [AHAD]

Kursus kali disertai oleh 5 orang sahaja dan semuanya wanita. Dua peserta dari Kemaman, dua dari Rawang dan seorang dari Bangi.



Sepertimana biasa, kursus ini saya bahagikan kepada dua sessi. Sessi pagi, para peserta diterangkan tentang PERUBATAN ISLAM secara ringkas dan diikuti dengan teori BEKAM ALHIJAMAH.

Selepas makan tengahari dan berehat, peserta diberikan peluang untuk melakukan praktikal bekam. Pertamanya; peserta diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan peralatan bekam yang disediakan; cara menggunakan lancet dan sebagainya.

Selepas itu mereka berpeluang untuk membekam diri sendiri dan akhirnya mereka akan dipasangkan dan diberi kesempatan untuk membekam satu sama lain.

Insyallah dengan cara ini, mereka boleh melakukan bekam kepada orang lain setelah mereka ke tempat masing-masing.


Sementara peserta-peserta melakukan praktikal bekam dibawah pengawasan isteri saya; sempat juga saya mendiagnos seorang pesakit dan melakukan bekam kepadanya.





Untuk maklumat; pesakit ini telah mengamalkan ubatan alopati selama 30 tahun dan sekarang ini pada beliau telah ada penyakit 4 serangkai; dan dengan berbekam ini telah dapat meredakan sedikit dari permasalahan yang beliau sedang hadapi.

Tuesday, August 25, 2009

Kursus Iridologi (Bt9 Ceras) 23 Ogos, 09

Untuk memantapkan lagi teknik mengesan punca penyakit disamping teknik yang paling asas; iaitu saraf tapak tangan, pusat latihan Nurul Iman juga menawarkan peluang untuk peserta menguasai ilmu iridologi.
Ketepatan cara diagnos ini sangat tinggi (>90%) dan telah dapat membantu ramai pesakit untuk melakukan "PENCEGAHAN" terhadap penyakit yang mereka hadapi.

Sunday, August 2, 2009

Kursus Saraf Tapak Tangan 01 Ogos, 09

Untuk memenuhi permintaan peserta kursus yang lepas, saya telah adakan kursus diagnos saraf tapak tangan pada 01 Ogos, 2009 di pusat rawatan saya di Bt 9 Ceras.

Pada pandangan saya, adalah satu kerugian kepada perawat yang mengamalkan kaedah perubatan tradisional tidak mempelajari dan mendalami teknik mendiagnos melalui saraf tapak tangan ini kerana ia tidak memerlukan belanja yang besar dan peralatan yang canggih manggih.

Tuesday, July 28, 2009

Monday, July 20, 2009

KURSUS PERUBATAN JAWI DI SEPANGAR, SABAH

TARIKH: 17 hb JULAI, 2009

Pusat Agensi Sepangar. K Kinabalu. SABAH

Alhamdulillah, pada kali ini saya telah dijemput ke Sabah oleh PJS Jefri Armando untuk memberikan taklimat dan mengadakan kursus Perubatan JAWI dan kursus BEKAM AL HIJAMAH di Pusat Agensi miliknya.

Saya menaiki pesawat Air-Asia dari LCCT pada 17 Julai tepat jam 9:30 pagi dan sampai di Kota Kinabalu jam 12:00 tengahari. Saya dijemput oleh adiknya; Irwan yang menguruskan Pusat Agensi milik abangnya.

Pada sebelah petangnya saya menggunakan masa yang ada di bilik hotel untuk mengkaji semula bahan kursus yang akan dibentangkan pada esok harinya. Selepas makan malam bersama PJS Jeffri, saya telah dibawa ke Pusat Agensinya untuk memberikan taklimat tentang Perubatan JAWI kepada pengedar-pengedar yang dijemput.

Majlis taklimat malam tersebut di pengerusikan oleh PJ Mohd Amin. dan dihadiri oleh beberapa pemimpin seperti PJ (Herbalis) Azizah dan penyanyi nasyid kumpulan Muslih; Sahrol. Setelah memberi laluan kepada PJS Jeffri Armando untuk ucapan alu-aluannya; beliau telah menjemput saya untuk memberikan kuliah Perubatan JAWI hampir 2 jam.
Setelah akhir majlis, saya diminta untuk melakukan diagnos 'Iridologi' ke atas beberapa orang pengedar yang ingin tahu akan masalah kesihatan mereka untuk mereka rawat.

TARIKH: 18 hb JULAI, 2009

Kursus Perubatan JAWI

Modul-modul kursus
- Konsep Perubatan JAWI
- Herbalisma
- Diagnos Saraf Tapak Tangan
- Senaman Pembetulan Tulang Belakang

TARIKH: 19 hb JULAI, 2009

Kursus Bekam Al Hijamah


SEMUGA BERJUMPA LAGI. INSYALLAH ...

Saturday, June 27, 2009

KURSUS BEKAM 21 jun, 2009

PendaftaranDengan ada pengurus baru [dah tentulah anak saya], maka tugas saya sekarang ini lebih ditumpukan untuk menyediakan bahan-bahan kursus yang lebih tersusun dan lengkap.

Kursus kali ini disertai oleh 15 orang peserta; kebanyakkannya dari Lembah Klang dan beberapa orang dari Pahang.

Sepertimana biasa, kursus ini terbahagi kepada 2 sessi iaitu sessi teori pada sebelah pagi dan sessi praktikal selepas solat zohor.

Peserta wanita yang mengikuti kursus pada kali ini adalah seramai 5 orang sahaja dan selebihnya terdiri daripada peserta lelaki.

Tahniah kepada saudara Ibnu yang telah menghantar 5 orang peserta yang merupakan rakaniaganya dari Pahang.





Dalam kuliah sebelah pagi, peserta telah diterangkan tentang peranan tentang betapa pentingnya bekam al hijamah dalam dunia perubatan masakini.

Berpandukan kepada hadis nabi, "Kesembuhan itu terdapat dalam 3 hal, yakni minum madu, sayatan alat bekam dan 'kay' dengan api. Sesungguhnya aku melarang ummatku dari kay."