Monday, December 31, 2012

JADUAL PROGRAM BULAN JANUARI 2013

Sebagai Pusat Latihan kepada pelajar-pelajar yang biasa menimba ilmu di tempat ini; kami akan adakan program berikut dalam bulan JAN 2013 yang akan datang:

1- 6hb Jan => Kelas akupuntur; 9 pg hingga 1 tgh; yuran RM50/=
2- 12hb JAN => Kelas akupuntur; 9pg hingga 1 tgh; Yuran RM50/=
3- 13hb JAN => Mesy AJK PERHIJAM
4- 19hb JAN => Kursus YUMEIHO; 1 hari; Yuran RM350.00
5- 20hb JAN => Perlatihan Perawatan [Yumeiho]; 1 hari; Yuran RM50; hanya utk mereka yang telah belajar Yumeiho sahaja.
6- 26hb JAN => Kelas Akupuntur; 9pg hingga 1tgh; yuran RM50/=
7- 27hb JAN => KURSUS BEKAM SUNNAH; 1 HARI; YURAN RM330.00.


SEMUGA JADUAL DI ATAS DAPAT MEMBANTU MEREKA YANG HENDAK MENGIKUTI KELAS DAN KURSUS YANG AKAN DIADAKAN NANTI; MEMBUAT PERANCANGAN AWAL SUPAYA TIDAK KETINGGALAN DALAM USAHA UNTUK MENIMBA ILMU DALAM BIDANG PERAWATAN SUNNAH, ALTERNATIF DAN KOMPLIMENTARI.




Saturday, December 29, 2012

KURSUS BEKAM SUNNAH AKHIR TAHUN


ALHAMDULILLAH, 6 orang telah mengikuti kursus bekam sunnah untuk mengakhiri tahun 2012 ini dengan mempelajari ilmu perawatan sunnah; bekam. Tahniah diucapkan kepada mereka yang mengikuti kursus ini. Semuga maju jaya.

Tuesday, December 25, 2012

KURSUS YUMEIHO ASAS

ALHAMDULILLAH buat pertama kalinya PUSAT LATIHAN & RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN telah mengadakan kursus YUMEIHO dengan kerjasama Saudara Zafer Lembang dari RUSIHAT {Rumah Sihat Tanpa Ubat] dari Bandar Baru Salak Tinggi.

Seramai 7 orang telah mendaftar untuk mengikuti kursus YUMEIHO yang agak asing kepada perawat-perawat Perubatan Alternatif dan Komplimentari di Malaysia masakini. Mereka terdiri daripada Sdr Syed Ahmad Fitri (Bangi); Hj Kamaruzaman (Seremban); Amir Ridzuan (Serdang); Ridzuan (Shah Alam); Cik Azlina (K Lumpur); Pn Hjh Aminah (Alor Gajah) dan Encik Abdul Mutalib (Penang). Tahniah diucapkan kepada mereka yang memberi sokongan untuk menjayakan kursus kali ini.


Kursus Yumeiho Asas ini telah dikendalikan oleh Saudara Zafer Lembang yang telah menimba ilmu ini dari Pak Zaine di Indonesia. Pengalaman beliau dirawat dan mengikuti gurunya membuat rawatan selama 2 minggu di Indonesia telah mencetuskan idea untuk mengembang ilmu yang sangat bermanfaat ini di Malaysia.


Di antara kelebihan ilmu perawatan YUMEIHO ini adalah dapat membantu membetulkan dislokasi pada tulang pinggul; yang mana boleh dikatakan lebih 90% orang menghidapai masalah ini. Keberkesanan teknik manipulsai membetulkan masalah tulang pinggul dan tulang belakang sangat menakjubkan. Dari demo yang dibuat ke atas 3 orang yang bermasalah dari dislokasi tulang pinggul; menunjukkan masalah yang ditanggung oleh pasien tersebut yang telah bertahun-tahun dapat diatas dalam masa tak sampai 15 minit.


Semuga mereka yang telah bersama-sama mempelajari ilmu ini dapat mengamalkannya dengan sebaik mungkin dan dapat memberi manfaat kepada UMMAH ini. Ameen

Sunday, December 16, 2012

KURSUS-KURSUS AKHIR TAHUN 2012


REBUT PELUANG BELAJAR TEKNIK REFLEKS TERKINI YANG MUDAH LAGI BERKESAN.


YUMEIHO
25hb DIS [Cuti Krismas]
RM350.00



KURSUS BEKAM SUNNAH KALI KE-2 DALAM BULAN DISEMBER 2012 ATAS PERMINTAAN. JANGAN LEPAS PELUANG.