Sunday, October 21, 2012

KURSUS BEKAM SUNNAH TERKINI

KURSUS BEKAM ASAS 14hb OKT 2012

Seramai 7 orang telah menyertai kursus bekam sunnah pada kali ini yang dianjurkan oleh PERHIJAM dengan kerjasama Pusat Latihan dan Rawatan Holistik Nurul Iman. Mereka terdiri dari 5 lelaki dan 2 wanita.


Pada sebelah pagi telah di adakan sessi ceramah teori bekam yang mana antara modul yang disampaikan termasuk sejarah bekam, anatomi kulit, tarikh masa dan hari yang terbaik untuk berbekam.


Seesi praktikal bekam telah di adakan pada sebelah petang selepas solat zohor berjemaah dan makan tengahari. Peserta wanita telah dipantau oleh Pn Laini beserta Herbalis Fatin Rameli dan Herbalis Asma' dari Bangi.

Sebagai meraikan kerjasama di antara Pusat Latihan dan Rawatan Nurul Iman dan PERHIJAM dalam menjayakan kursus pertama ini, Dr Hj A Halim telah di beri kesempatan untuk memberi taklimat tentang perkembangan terkini PERHIJAM.


Selepas sessi dialog yang telah diadakan di antara peserta dan pihak PEHIJAM, Presiden PERHIJAM telah di beri penghormatan untuk menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta kursus. Majlis di akhiri dengan sessi bergambar para peserta kursus dan semua AJK yang terlibat dalam menjayakan kursus kali ini.


Insyallah, KURSUS BEKAM SUNNAH yang akan datang akan di adakan pada 11hb NOV, 2012 [Ahad] di tempat yang dengan yuran RM330.00. Setakat ini 3 orang telah mengesahkan untuk hadir termasuk seorang peserta berbangsa Cina dari Johor Baru.