Sunday, April 20, 2014

KURSUS PERLATIHAN PERAWATAN D' IEMAN #1/2014

Pada 25hb April, satu kursus PERLATIHAN PERAWATAN telah diadakan di 595 Persiaran Utama 2/11, Tmn Utama, KULIM. Walaupun hanya dihadiri oleh 2 orang, mereka sangat bertuah kerana mendapat bimbingan yang sepenuh nya dari moderator.


ALHAMDULILLAH, pada 19hb APRIL Pusat Latihan & Rawatan Holistik Nurul Iman telah dapat mengadakan kursus PERLATIHAN PERAWATAN yang menggabungkan TEKNIK DIAGNOS & RAWAT TERKINI dalam usaha untuk melahirkan PERAWAT-PERAWAT YANG BERWIBAWA dalam ilmu perubatan TIBBUN NABAWI, TCM dan MEDIS.

Teknik diagnos yang dimanfaatkan termasuk saraf tapak tangan, lidah; manakala teknik rawatan yang digunakan adalah Pembetulan Tulang Belakang, Pijat Tekan, akupuntur dan Bekam.

Modul-modul pembelajaran dalam kursus ini adalah merupakan sebahagian daripada silibus yang di ajarkan oleh PERHIJAM kepada pegawai JABATAN PENJARA MALAYSIA semenjak 2012 lagi.

No comments: