Monday, December 15, 2008

KONSEP PERUBATAN JAWI


Saya ingin membawa perhatian para pengunjung blog ini kepada perkara yang utama dalam perawatan iaitu konsep perubatan bersepadu yang telah lama diperkenalkan dalam sistem perubatan Islam.

Untuk memahami konsep ini, saya bahagikan proses perawatan itu kepada 3 bahagian utama iaitu:-

1. bahagian masuk ke dalam badan,
2. bahagian dalam badan, dan
3. bahagian keluar dari badan.

Banyak hadis-hadis yang menerangkan yang bermaksud bahawa kebanyakan punca penyakit adalah disebabkan oleh kesumbatan atau tidak lawasnya sistem pembuangan najis seseorang.

Bila sistem penyingkiran kotoran dari badan tidak befungsi dengan baik; maka kotoran tidak dapat dibuang sebaliknya akan disimpan lama dalam badan dan akhirnya menjadi punca penyakit kepada tuan badan. Sistem penyingkiran tersebut adalah terdiri daripada usus besar, ginjal, paru-paru, kulit dan hati.

Pemakanan juga dikatakan mempengaruhi peribadi seseorang. Makanan yang halal lagi toyyib akan melahirkan manusia yang soleh, bijak dan berguna seperti yang dinyatakan oleh Imam Al Ghazali dalam kitabnya. Sebaliknya makanan yang haram, makruh atau subhat akan menghasilkan sel-sel tubuh yang tidak baik dan menyebabkan tuan tubuh lebih cenderung untuk menderhakai tuhan dan melakukan perkara-perkara yang diluar batas agama.

Fungsi organ-organ dalaman tubuh akan dapat dimaksimakan sekiranya perjalanan darah lancar dan sistem limfatik berada pada tahap yang optimum. Perjalanan darah dan cecair limfatik akan terganggu bila kepekatannya meningkat disebabkan oleh makanan yang diambil mengandungi banyak toksid atau keracunan dari bahan kimia, dadah, bahan pengawet yang digunakan.

Sebagai rumusannya saya berani menyatakan; untuk seseorang dapat menikmati erti kesihatan yang sebenarnya, ia hendaklah memastikan SISTEM PENYINGKIRAN KOTORAN tidak tersumbat, MAKANAN YANG MASUK hendaklah HALALAN WA TOYYIBAN dan sentiasa dipantau agar tidak mengambil yang dilarang; dan PASTIKAN SISTEM PERJALAN DARAH & LIMFATIK berjalan lancar.

Semuga mereka yang ingin menjadikan bidang perawatan ini sebagai satu kerjaya; saya syorkan supaya mereka mendalami lagi ketiga fasa yang telah saya nyatakan diatas secara terperinci agar ummah ini dapat merasai nikmat kesihatan yang telah lama hilang kerana kecuaian mereka dalam mengabaikan pesanan Rasulullah, " ..... sihat sebelum sakit ....." disamping program musuh Islam yang ingin menghancurkan ummah ini melalui bidang perubatan yang didominasi oleh Yahudi Laknatullah.

No comments: