Wednesday, March 7, 2012

KURSUS BEKAM SUNNAH (ASAS)

TARIKH: 25hb MAC, 2012 [Ahad]
MASA: 9:00 pg hingga 4:30 ptg
YURAN: RM 300/= [Termasuk nota kursus, 1 set alat bekam 12 mangkuk, pen dan jarum bekam]
TEMPAT: Pusat Latihan & Rawatan Holistik Nurul Iman
                 58-1, Jalan Lagenda Suria 3. Taman Lagenda Suria.
                 Bt 12 Hulu Langat. Selangor.

NOTA: (1) Makan tengahari disediakan.
             (2) Sijil penyertaan kursus diberikan setelah mengikuti kursus secara teori dan praktikal sepenuhnya.


Untuk ikuti kursus, sila SMS [1] Nama Penuh, [2] No Kad Pengenalan Baru kepada 013-3713500 [Ramly]

Wednesday, February 1, 2012

Sunday, January 22, 2012

Kursus Bekam Al Hijamah (Walk-In)

TARIKH: 21hb JAN, 2012 [Sabtu]

Alhamdulillah, 3 orang dari Jama'ah Usrah Ruqyah Syariyyah yang beroperasi di Sg Besar Selangor telah mengikuti kursus bekam alhijamah secara teori dan praktikal di Pusat Latihan & Rawatan Holistik Nurul Iman, Hulu Langat.

Usataz Mohd Nazri selaku ketua Jama'ah Usrah Ruqyah Syariyyah (JuRuS D' Kiswah) cawangan Sg Besar dan Teluk Intan, telah datang bersama cikgu Mohd Nor dan pesara telekom Hj Hassan dari Teluk Intan untuk mendalami salah satu ilmu perubatan Islam yang telah dilupakan.


Seperti biasa, modul pada sessi pagi adalah 'konsep perubatan Islam', dan 'Teori Bekam Al Hijamah'. Manakala pada sebelah petangnya, peserta diberi tunjuk ajar secara praktikal tentang 'Bekam Sunnah' dan cara penggunaan alat-alat bekam yang diberi.

Dalam sessi praktikal, para peserta dikehendaki membekam diri sendiri dahulu sebelum dibenarkan untuk membekam peserta lain. Di antara tujuannya adalah untuk melahirkan sifat 'Empati' kepada pembekam dalam menjalankan amalan berbekam.


Dalam kursus kali ini, peserta di terangkan juga tentang penggunaan 'surgical blade' dalam berbekam. Penggunaan teknik SAYATAN lebih mudah dan ia lebih mirip kepada BEKAM SUNNAH.

Sebenarnya dalam perawatan, perawat adalah digalakkan untuk mendalami tentang ilmu ANATOMI supaya hasil kerja yang dibuat adalah tepat dan lebih bersesuaian dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia.


Di akhir kursus pihak penganjur telah mengadakan sessi perbincangan; dan para peserta sangat berpuas hati dengan kursus yang telah dijalankan dan mendapatkan kefahaman yang sebenarnya tentang BEKAM SUNNAH; dan Ustaz Mohd Nazri sebagai ketua rombongan berazam untuk memperluaskan lagi ilmu BEKAM SUNNAH ini d tempatnya dengan mengadakan lagi kursus-kursus seperti ini dalam masa yang terdekat.

Friday, December 9, 2011

KURSUS BEKAM SUNNAH


TARIKH: 31 hb DISEMBER, 2011 [SABTU]
MASA: 9 Pagi HINGGA 5 Petang
BAYARAN: RM 300.00 {Termasuk Nota Kursus, 1 Set Bekam 12 Mangkuk (seperti dalam gambar), Pen Lancet dan Jarum Bekam; Makan Tengahari}
MODUL: Teori Bekam & Praktikal Bekam Menggunakan Pen Lancet dan Pisau Sayatan

TEMPAT: PUSAT LATIHAN & RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN
ALAMAT: 58-1, JALAN LAGENDA SURIA 3. BT 12 HULU LANGAT. SELANGOR.

HUBUNGI: RAMLY 013-371 3500

Wednesday, November 16, 2011

SET BEKAM


SET BEKAM 24 MANGKUK
HARGA JUALAN: RM280.00/SET












SET BEKAM 15 MANGKUK
HARGA JUALAN: RM180.00/SET



Wednesday, October 26, 2011

Kursus Bekam 26hb OKT, 2011

Seramai 7 orang telah mengikuti kursus bekam yang diadakan pada kali ini. 2 orang dari Seremban, 2 orang dari Melaka dan 3 orang Ipoh.


Sepertimana biasa kursus ini dibahagikan kepada 2 sessi; sessi teori dan praktikal. Sessi di sebelah petang di akhiri dengan program temubual dan testimoni dan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta.


Thursday, October 20, 2011

Kursus Bekam AlHijamah

Satu kursus bekam alhijamah (10 titik sunnah + titik organ penting) secara teori dan praktikal akan di adakan seperti butiran di bawah:

TARIKH : 26 OKTOBER 2011 [RABU]

MASA : 9 pagi – 5 petang

BAYARAN : RM300.00 (YURAN, SIJIL PENYERTAAN, NOTA KURSUS, 1 SET BEKAM 12 MANGKUK, & MAKAN TENGAHARI)

TEMPAT: PUSAT LATIHAN DAN RAWATAN HOLISTIK NURUL IMAN, 58-1, JLN LAGENDA SURIA 3, BT 12 HULU LANGAT, SELANGOR.

SILA SMS NAMA dan No. KAD PENGENALAN

KE 013-371 3500 ......



KURSUS AKAN DIKENDALIKAN OLEH: HERBALIS RAMLY AHMAD (Perunding kesihatan RUMAH SIHAT THIBBULJAWI) dan d bantu oleh Pn Laini (Utk Wanita)

Wednesday, October 5, 2011

Kursus Iridologi Asas



TARIKH: 8HB OKTOBER, 2011 [SABTU]
MASA: 9:30 PAGI HINGGA 4:30 PETANG
BAYARAN: RM180/= SAHAJA (TERMASUK PENLIGHT (1), CARTA MATA (1), NOTA KURSUS.
HUBUNGI: RAMLY 013-371 3500