Friday, April 11, 2014

Melatih Perawat2 Dari Al Ansar Health Sdn Bhd

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT kerana Pusat Latihan & Rawatan Holistik Nurul Iman yang merupakan tempat melatih perawat-perawat PERHIJAM telah diberi kepercayaan oleh Al Ansar Health Sdn Bhd untuk melatih perawat-perawat dari 20 cawangan Al Ansar di seluruh Malaysia dalam bidang Perubatan Alternatif dan Komplimentari.

Untuk kali pertama ini seramai 13 orang telah mengikuti kursus DIAGNOS dan BEKAM pada 11 dan 12 hb April, 2014 di Pusat Latihan & Rawatan Holistik Nurul Iman. Dalam siri pertama ini mereka telah dilatih untuk mendiagnosa melalui saraf tapak tangan dan lidah. Manakala dalam bidang rawatan mereka telah diajar dalam ilmu bekam.

Semuga ilmu yang dikongsikan akan dapat memberikan manfaat kepada peserta dan mereka yang memerlukan khidmat mereka. Ameen.




No comments: