Thursday, November 20, 2008

SALAM PERKENALAN DARI HAMBA66

ALAHAMDULILLAH! Syukur kepada ALLAH SWT; Selawat dan Salam Ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para-para sahabat baginda yang diredzai oleh ALLAH SWT.

Saya amat berterima kasih kepada guru yang telah membuka ruang kepada saya iaitu Tuan Hj Ismail bin Ahmad; pengasas PERUBATAN JAWI dan yang telah memberi tunjuk ajar dengan kasih sayang; sehingga saya sampai ke tahap yang saya berada sekarang ini.

Saya rasa terpanggil untuk menulis dalam blog ini beberapa pengalaman cetek yang saya telah tempuhi dalam bidang perawatan ini; mudah2an ia akan menjadi satu garis panduan untuk mereka yang baru nak mencuba menceburi bidang perubatan herba ini.

Untuk memudahkan pembaca atau mereka yang telah ada sedikit asas perubatan herba, saya bahagikan perubatan JAWI itu kepada 2 bahagian:
  • Diagnos, dan
  • Rawat.
Berdasarkan pengalaman saya, untuk seseorang itu boleh merawat dengan baik; sekurang-kurang ia perlu menguasai ilmu DIAGNOS melalui Saraf Tapak Tangan dan Iridologi. Dalam ilmu RAWAT pula ia perlu menguasai ilmu RAWAT GUNA PRODUK HERBA dan BEKAM AL HIJAMAH.

Melalui diagnos saraf tapak tangan kita dapat mengenalpasti akan masalah kesihatan seseorang dan rawat mereka dengan produk herba. Melalui pendekatan iridologi, saya dapat kenalpasti akan masalah salur darah yang tersumbat ke organ-organ tertentu dan saya merawatnya dengan membekam pada titik-titik yang berkaitan.

Sebagai rumusan:

DIAGNOS TAPAK TANGAN <=========> CARTA PERAWATAN SISTEM TUBUH

IRIDOLGI <===========> BEKAM AL HIJAMAH

SILA hadir ke kelas yg sy adakan setiap JUMAAT jam 9 malam di PUSAT LATIHAN BT 9 CERAS untuk penerangan yg lbh terperinci. WASSALAM

Wednesday, November 5, 2008

KURSUS BEKAM D PUSAT LATIHAN NURUL IMAN

17 OGOS, 08 (AHAD)




ALHAMDULILLAH, KALI INI KURSUS BEKAM YANG SAYA ADAKAN DI SERTAI OLEH 2 ORANG HAFIZ MUDA ADIK BERADIK.